EVENTS 2026


Events & Programmes

Explore upcoming community outreach, capacity building workshops, and conservation activities across Sarawak Delta Geopark.

10 NOV 2026 Event Title
KUNJUNGAN HORMAT SARWAK GEOGUIDES ASSOCIATION KE JABATAN HUTAN SARAWAK BERKAITAN PERKARA-PERKARA GEOGUIDES DI SARAWAK DELTA UNESCO GLOBAL GEOPARK (UGGp))

Jabatan Hutan Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada Sarawak Geoguides Association yang diketuai oleh Encik Bob Zakaria pada 5 November 2026. Sesi pertemuan ini turut dihadiri oleh wakil daripada Sarawak Forestry Corporation dan Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak. Kunjungan tersebut telah disambut oleh Puan Madeline George Pau, Ketua Unit Pengurusan Geopark yang mewakili Pengarah Hutan Sarawak yang merupakan Pengurus Sarawak Delta UGGp. Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan dan berkongsi idea berkaitan pembangunan serta pemerkasaan peranan Geoguides dalam menyokong Sarawak Delta UGGp. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kapasiti dan profesionalisme Geoguides, di samping meneroka peluang kerjasama antara pihak persatuan dengan agensi berkaitan dalam pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program Geopark pada masa akan datang. Penglibatan pelbagai pihak berkepentingan amat penting dalam memastikan pembangunan komuniti Geoguides terus berkembang. Peranan mereka bukan sahaja membantu pengunjung meneroka sesuatu destinasi, malah turut menyampaikan maklumat dan meningkatkan pemahaman tentang keunikan warisan geologi, biologi dan budaya yang terdapat di Sarawak Delta UGGp. Semoga kunjungan ini membuka ruang kepada lebih banyak inisiatif bersama dalam memperkasa komuniti Geoguides serta mempromosikan keistimewaan Sarawak Delta UGGp kepada masyarakat dan pengunjung. Bersama memperkasa Geoguides, bersama memartabatkan warisan Geopark!

KUCHING, SARAWAK
10 NOV 2026 Event Title
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA WARISAN DAN PEMULIHARAAN SAINTIFIK BIL. 2/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Warisan dan Pemuliharaan Saintifik (Heritage and Scientific Conservation) Sarawak Delta UNESCO Global Geopark (SDUGGp) Bil. 2/2026 telah diadakan di Bangunan Baitul Makmur II. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datu Haji Hamden bin Haji Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak merangkap Pengurus Sarawak Delta Geopark serta dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada agensi-agensi yang terlibat dalam jawatankuasa berkenaan. Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk menilai kemajuan pelaksanaan aktiviti tahun 2026, di samping memperkukuh perancangan dan penyelarasan usaha pemeliharaan serta pemuliharaan warisan di kawasan Sarawak Delta UGGp. Melalui komitmen dan kerjasama berterusan semua agensi, usaha melindungi khazanah geologi, biologi dan budaya dapat diperkasakan demi memastikan warisan berharga ini terus terpelihara untuk generasi akan datang. Memperkasa Warisan, Memelihara Khazanah Sarawak Delta!

KUCHING, SARAWAK
9 NOV 2026 Event Title
MEMPERKUKUH KETERLIHATAN SARAWAK DELTA UNESCO GLOBAL GEOPARK MENJELANG 2027

Unit Pengurusan Geopark, Jabatan Hutan Sarawak, mengadakan sesi libat urus bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi berkaitan bagi membincangkan cadangan penempatan papan tanda serta panel informasi Sarawak Delta UNESCO Global Geopark sebagai persediaan pelaksanaan pada tahun 2027. Sesi ini bertujuan mendapatkan pandangan, khidmat nasihat teknikal dan maklum balas daripada setiap agensi bagi memastikan cadangan lokasi, reka bentuk serta pemasangan papan tanda dapat dirancang secara tersusun. Perbincangan turut memberi perhatian kepada aspek kesesuaian tapak, keselamatan, keperluan kelulusan dan penyelenggaraan. Inisiatif ini bukan sekadar memperkenalkan kawasan geopark, malah menjadi medium untuk menghubungkan masyarakat dan pengunjung dengan kisah warisan geologi, biodiversiti serta budaya setempat. Papan tanda dan panel informasi yang jelas, menarik dan mudah difahami dapat membantu pengunjung mengenali tapak warisan serta menghargai kepentingan pemuliharaannya. Kerjasama antara PBT dan agensi berkaitan merupakan asas penting dalam memastikan pelaksanaan inisiatif ini selaras dengan perancangan serta keperluan kawasan pentadbiran masing-masing, di samping menyokong pendidikan awam dan pelancongan lestari. Melalui sesi libat urus ini, Jabatan Hutan Sarawak berhasrat memperkukuh penyelarasan antara agensi bagi meningkatkan keterlihatan dan penghayatan terhadap Sarawak Delta UNESCO Global Geopark menjelang 2027

KUCHING, SARAWAK
29 OCT 2026 Event Title
KAMPUNG PEROS: MEMPERKASAKAN KOMUNITI MELALUI SARAWAK DELTA UNESCO GLOBAL GEOPARK

Lawatan tapak ke Kampung Peros, Bau, sebagai persediaan menerima kunjungan delegasi antarabangsa sempena Social Impact Assessment Conference pada November 2026. Kampung Peros dipilih sebagai lokasi untuk mengetengahkan usaha pemerkasaan komuniti melalui Sarawak Delta UNESCO Global Geopark, khususnya dalam pembangunan geopelancongan berasaskan komuniti, pemeliharaan warisan setempat dan peningkatan peluang ekonomi. Lawatan ini bakal menjadi platform untuk berkongsi pengalaman serta memperkenalkan inisiatif komuniti tempatan kepada delegasi dari pelbagai negara. Empowering Communities, Preserving Heritage, Inspiring Sustainable Futures .

BAU, SARAWAK
21 OCT 2026 Event Title
PROGRAM JOM CELIK BENCANA GEOLOGI DI SMK PAKU : KESEDARAN PEMANGKIN KESELAMATAN

Program Jom Celik Bencana Geologi merupakan satu inisiatif pendidikan dan kesedaran yang memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan mengenali, memahami serta bertindak terhadap risiko bencana geologi di persekitaran mereka. Program ini mengambil kira aspek geologi di kawasan Bau, yang merupakan sebahagian daripada Sarawak Delta UNESCO Global Geopark, serta potensi berlakunya bahaya geologi (geohazard) seperti tanah runtuh, hakisan, lubang benam (sinkhole) dan kegagalan cerun. Penglibatan pelajar dalam program ini akan membuka ruang untuk mereka memahami dengan lebih dekat bagaimana sesuatu bencana geologi boleh berlaku, faktor yang mempengaruhinya serta kesan yang boleh ditimbulkan terhadap kehidupan manusia, infrastruktur dan alam sekitar. Pengetahuan mengenai tanda-tanda awal geohazard juga dapat membantu pelajar menjadi lebih peka terhadap perubahan di persekitaran serta mengetahui tindakan yang wajar diambil untuk mengurangkan risiko dan memastikan keselamatan diri. Selain meningkatkan pengetahuan, program ini turut memberi penekanan kepada pembentukan “Wira Geobencana” dalam kalangan pelajar. Wira Geobencana bukan sahaja berperanan sebagai individu yang mempunyai kesedaran terhadap risiko bencana, tetapi juga sebagai penyampai maklumat dan pemangkin kesedaran keselamatan dalam kalangan rakan sebaya, keluarga dan komuniti. Melalui pendekatan pendidikan dan perkongsian ilmu, program ini diharapkan dapat memupuk budaya “kenali risiko, bersedia dan segera bertindak” dalam menghadapi bencana geologi, di samping memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah, komuniti dan agensi teknikal dalam membentuk generasi yang lebih peka terhadap persekitaran, berpengetahuan, berdaya tahan serta berani bertindak demi keselamatan diri dan komuniti, seterusnya memberi manfaat kepada generasi akan datang.

KUCHING, SARAWAK
21 OCT 2026 Event Title
ICOMOS GA2026

The MUDeNR Pavilion comes alive with exciting activities throughout ICOMOS GA2026, bringing together various agencies, including Forest Department Sarawak. Sarawak Delta UNESCO Global Geopark also took the spotlight during a Pocket Talk organised by MUDeNR, providing a platform to raise public awareness of its rich geological heritage, biodiversity and cultural traditions, and the role of local communities in safeguarding this shared heritage.

KUCHING, SARAWAK
20 OCT 2026 Event Title
COURTESY VISIT BY VU AMSTERDAM AND UNIMAS TO FOREST DEPARTMENT SARAWAK: EXPLORING GEOPARK COLLABORATION THROUGH STORIES FROM THE DELTA

Forest Department Sarawak, through the Geopark Management Unit, welcomed academic delegates from Vrije Universiteit (VU) Amsterdam and Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) for a courtesy visit and knowledge-sharing session aimed at exploring opportunities for collaboration in heritage conservation, research, education and sustainable community development. During the session, Madeline George Pau, Head of the Geopark Management Unit, introduced Sarawak Delta’s remarkable geological heritage through its identity, “Borneo’s Cradle of Origin.” She highlighted the interconnectedness of geology, biodiversity, cultural heritage and local communities, as well as the geopark’s collaborative management approach in promoting heritage conservation and community empowerment. Associate Professor Sjoerd Kluiving of VU Amsterdam, who is also a Scientific Board member of Schelde Delta UNESCO Global Geopark, shared insights into the evolution of the transnational delta landscape spanning the Netherlands and Belgium. His presentation explored how geological processes, changing coastlines, water management and human activities have shaped the landscape and influenced communities over time. The exchange revealed a common thread between the two UNESCO Global Geoparks — deltas are not merely geological landscapes, but living landscapes shaped by the interaction between nature and people. Discussions also highlighted the importance of translating scientific knowledge into engaging and accessible heritage stories, supported by interdisciplinary research, education, digital documentation and community participation. Building on Sarawak Delta UGGp’s existing partnerships with schools, universities and local communities, the session explored potential collaboration in joint research, academic exchanges, community mapping, heritage interpretation and sustainable geotourism. Of particular interest was the potential to develop a collaborative storytelling initiative, “Stories from the Delta,” bringing together Sarawak Delta and Schelde Delta to explore how geological processes, biodiversity, cultural traditions and human adaptation have shaped their respective landscapes and communities. Through scientific knowledge, local voices and digital storytelling, this initiative could offer new ways to connect people with their heritage, strengthen community stewardship and share the unique stories of both deltas with the world.

KUCHING, SARAWAK
13 OCT 2026 Event Title
SELAPIS RASA, SEJUTA CERITA WARISAN 

Sesi perjumpaan pertama bersama Kek Lapis Warisan membuka ruang untuk memperkenalkan Sarawak Delta UNESCO Global Geopark serta meneroka potensi kerjasama sebagai Rakan Geopark melalui gastronomi. Setiap lapisan kek membawa cerita — tentang kreativiti, tradisi dan identiti Sarawak. Melalui cita rasa tempatan, kita dapat menghubungkan pengunjung dengan warisan serta komuniti dalam Sarawak Delta. Semoga pertemuan ini menjadi langkah awal ke arah kerjasama yang mengangkat kek lapis sebagai pengalaman gastronomi geopark, memperkukuh produk tempatan dan membuka peluang ekonomi komuniti. Kenali geopark melalui rasa. Hargai warisan melalui cerita.

KUCHING, SARAWAK
13 OCT 2026 Event Title
MENYEMAI KESEDARAN, MEMPERKASA SEKOLAH DAN KOMUNITI

Perbincangan penganjuran program bagi suku akhir 2026 memberi tumpuan kepada penglibatan sekolah dan komuniti dalam Sarawak Delta UNESCO Global Geopark menerusi Jawatankuasa Kerja Kesedaran Awam dan Penglibatan Komuniti. Pelbagai program pendidikan dan kesedaran dirangka untuk penghujung tahun bagi mendekatkan warga sekolah serta masyarakat dengan warisan geologi, biodiversiti dan budaya setempat. Perbincangan turut merangkumi perancangan program 2027 bagi memperluas penyertaan dan memperkukuh kerjasama secara berterusan. Kenali warisan, semarakkan penglibatan, bersama memelihara Sarawak Delta

KUCHING, SARAWAK
10 OCT 2026 Event Title
PROGRAM GOTONG-ROYONG GEOPARK BERSAMA KOMUNITI SARAWAK DELTA UNESCO GLOBAL GEOPARK (UGGp) DAERAH BAU TAHUN 2026

Warisan Dipelihara, Komuniti Diperkasa, Generasi Akan Datang Terpelihara. Program Gotong-Royong Geopark Bersama Komuniti Sarawak Delta UNESCO Global Geopark (UGGp) Daerah Bau Tahun 2026 telah dilaksanakan pada 10 Oktober dengan penglibatan komuniti Singai melalui aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Tapak Baruk Asal Singai. Program ini diselaraskan oleh Pejabat Daerah Bau dengan kerjasama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Singai, sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan memelihara dan menghargai warisan setempat, di samping menggalakkan penglibatan aktif komuniti dalam menjaga kelestarian alam sekitar dan warisan budaya. Selaras dengan sambutan Geodiversity Day pada 6 Oktober yang bertemakan “Geodiversity on Our Doorstep”, program ini turut membawa mesej bahawa khazanah alam dan warisan yang terdapat di sekeliling kita mempunyai nilai yang perlu dikenali, dihargai dan dipelihara bersama. Dalam ucapan penutupan program, Encik Eddy anak Nayoi, Pegawai Daerah Bau menekankan bahawa kawasan Singai mempunyai potensi untuk terus berkembang. Walau bagaimanapun, pembangunan dan pemeliharaan warisan memerlukan komitmen serta tanggungjawab bersama, khususnya daripada komuniti setempat. Beliau turut menegaskan bahawa perancangan yang baik tidak akan berjaya tanpa penglibatan komuniti. Antara kejayaan Sarawak Delta UGGp adalah keupayaannya menghidupkan nilai komuniti, memperkukuh rasa tanggungjawab terhadap warisan serta membina kesedaran untuk terus menjaga dan menghormati alam. Melalui program seumpama ini, diharapkan semangat gotong-royong dan kerjasama komuniti akan terus diperkukuh agar warisan Singai sentiasa terpelihara, dihargai dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

BAU, SARAWAK
7 OCT 2026 Event Title
Pameran sempena Bulan Inovasi Jabatan Hutan Sarawak

Sarawak Delta UNESCO Global Geopark turut memeriahkan Pameran sempena Bulan Inovasi Jabatan Hutan Sarawak, sekali gus menyemarakkan bulan sambutan Hari Geodiversiti Antarabangsa bertemakan “Geodiversity on Our Doorstep Experience Passport menjadi tarikan pengunjung! Melalui pengalaman interaktif ini, orang ramai diajak mengenali warisan geologi, biodiversiti dan budaya Sarawak Delta serta memahami bagaimana kepelbagaian bumi membentuk landskap dan kehidupan masyarakat di sekeliling kita. Daripada batuan dan landskap kepada hutan serta warisan komuniti, setiap penerokaan membuka cerita tentang Sarawak Delta — “Borneo’s Cradle of Origin”.

KUCHING, SARAWAK
4 OCT 2026 Event Title
SARAWAK DELTA : BRINGING EARTH'S HERITAGE TO THE WORLD

In conjunction with INTAC 2026, the Sr. Assistant Director, Geopark Management Unit, Forest Department Sarawak presented a Pocket Talk on “Leveraging UNESCO Global Geopark Recognition to Position Sarawak Delta as a Premier Geotourism Destination.” The session highlighted how UNESCO recognition can strengthen Sarawak Delta UNESCO Global Geopark’s position as a premier geotourism destination through its distinctive geological heritage, rich biodiversity and diverse local cultures. This recognition opens opportunities to expand promotion, build partnerships and empower local communities while preserving Earth’s heritage for future generation

KUCHING, SARAWAK
25 Sept 2026 Event Title
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL SARAWAK DELTA UNESCO GLOBAL GEOPARK BIL. 2/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sarawak Delta UGGp Bil. 2/2026 telah dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Sarawak Delta UGGp, YBhg. Datu Haji Abdullah bin Julaihi, Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perkembangan semasa, penyelarasan serta pelaksanaan pelbagai inisiatif berkaitan pengurusan dan pembangunan Sarawak Delta UGGp. Mesyuarat turut disertai oleh wakil daripada pelbagai kementerian, jabatan, agensi dan pihak berkuasa tempatan sebagai sebahagian daripada kerjasama rentas agensi dalam pengurusan dan pembangunan Sarawak Delta UGGp. Kerjasama dan penyelarasan berterusan ini penting dalam memperkukuh usaha pemuliharaan warisan, pembangunan mampan serta pengurusan Sarawak Delta UGGp secara bersepadu demi manfaat masyarakat dan generasi akan datang.

KUCHING, SARAWAK
10 Sept 2026 Event Title
Sarawak Delta UNESCO Global Geopark Marks Major Strategic Milestone at the 9th APGN SYMPOSIUM 2026

The Sarawak Delta UNESCO Global Geopark (UGGp) delegation successfully concluded its participation at the 9th Asia Pacific Geoparks Network (APGN) Symposium 2026, held from September 7–10 at the Langkawi International Convention Centre (LICC).

Langkawi,Kedah
10 Sept 2026 Event Title

MESYUARAT PERSIAPAN PROGRAM GEOPARK DAERAH BAU TAHUN 2026

satu sesi mesyuarat bagi membincangkan persiapan penganjuran program-program Geopark di Daerah Bau Tahun 2026 telah diadakan. di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Daerah Bau. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Saffika anak Kueh, Penolong Pegawai Daerah Bau dan telah dihadiri oleh wakil dari Unit Pengurusan Geopark, Jabatan Hutan Sarawak, KMKK dari Zon Singai dan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Bau. Dua program utama Geopark di Daerah Bau Tahun 2026 ialah: 1. Pertandingan Storytelling dan Public Speaking Peringkat Sekolah Daerah Bau – Inisiatif ini bertujuan untuk mencungkil bakat muda sambil memupuk kesedaran serta kecintaan terhadap warisan geopark kita dalam kalangan pelajar 2. Gotong-Royong Komuniti di Gunung Singai – Usaha bersama untuk memelihara kebersihan, kelestarian, dan keindahan alam semula jadi di kawasan komuniti Daerah Bau Perbincangan ini membuktikan komitmen tinggi pelbagai pihak dalam memastikan setiap program yang dirancang bukan sahaja memberi impak positif kepada masyarakat setempat, malah memastikan ianya selaras dengan inspirasi Sarawak Delta UNESCO Global Geopark..

Bau,Sarawak
8 Sept 2026 Event Title

SARAWAK DELTA SECURES FIRST INTERNATIONAL GEOPARK PARTNERSHIP WITH INDONESIA'S MERATUS UGGp

The Sarawak Delta UNESCO Global Geopark (Malaysia) and Meratus UNESCO Global Geopark (Indonesia) officially celebrated their bilateral partnership through a formal Memorandum of Understanding (MoU) exchange ceremony held at the Langkawi International Convention Centre (LICC). Both geoparks hold the prestigious UNESCO Global Geopark (UGGp) designation. Meratus UGGp, located in South Kalimantan Province, Indonesia, obtained its UNESCO Global Geopark status on 17 April 2025, while Sarawak Delta UGGp secured its UNESCO designation on 24 April 2026. The MoU marks the first international partnership Sarawak Delta UGGp has signed with another UNESCO Global Geopark since obtaining its UNESCO status. With both geoparks located on the shared island of Borneo, the partnership represents an important step towards strengthening cross-border cooperation in heritage conservation, sustainable development and community advancement. Through this strategic collaboration, both parties seek to strengthen international cooperation founded on reciprocity, mutual respect and equal partnership, in line with the collaborative spirit promoted by UNESCO. Collaborative activities will be implemented progressively, taking into consideration the priorities and capacities of both geoparks..

langkawi, Kedah
8 Sept 2026 Event Title

SARAWAK DELTA AND JEONBUK WEST COAST UNESCO GLOBAL GEOPARKS FORMALISE STRATEGIC PARTNERSHIP AT APGN SYMPOSIUM IN LANGKAWI, MALAYSIA

In a significant step towards strengthening international cooperation and collaboration between UNESCO Global Geoparks, the Sarawak Delta UNESCO Global Geopark (Malaysia) and Jeonbuk West Coast UNESCO Global Geopark (Republic of Korea) exchanged a Memorandum of Understanding (MoU). The landmark event took place at the Langkawi International Convention Centre (LICC) in conjunction with the Asia Pacific Geoparks Network (APGN) Symposium. The MoU establishes a formal framework for a mutually beneficial partnership aimed at developing and managing both Geopark areas. Under this partnership, the two geoparks will collaborate to advance their respective territories as regional hubs for education and training, conservation, community empowerment, and sustainable tourism..

langkawi, Kedah
7 Sept 2026 Event Title

Menuju GeoFest 2027

Perbincangan awal telah diadakan bagi menyelaras tarikh dan pelaksanaan

GeoFest 2027:
Pre-Event — Meratus | Jun 2027
Main Event — Batur | Julai 2027
Post-Event — Sarawak Delta | Julai 2027

Setiap lokasi akan mengetengahkan aktiviti berbeza selari dengan tema yang bakal ditetapkan—satu semangat, satu jaringan dan pelbagai pengalaman geopark! Tarikh dan pengisian program masih dalam peringkat perbincangan awal.

langkawi, Kedah
7 Sept 2026 Event Title

Meneroka Potensi Kerjaasama: Sarawak Delta x Lang Son

Satu sesi perbincangan awal telah diadakan antara Sarawak Delta UNESCO Global Geopark, Malaysia dan Lang Son UNESCO Global Geopark, Viet Nam bagi meneroka potensi kerjasama serta perkongsian pengalaman antara kedua-dua geopark. Pertemuan ini memberi peluang kepada kedua-dua geopark untuk menghubungkan kisah purba Asia dengan tempat bermulanya Borneo, sekali gus memperkukuh jaringan dan perkongsian ilmu dalam keluarga UNESCO Global Geoparks. Pertemuan ini juga merupakan langkah awal sebelum menjalin kerjasama melalui Memorandum Persefahaman (MoU) di masa hadapan. Different Earth Stories. Shared Geopark Aspirations.

langkawi, Kedah
1 Sept 2026 Event Title

Exploring Sarawak Delta: A Technical Site Visit Experience

A productive discussion with the Land Custody and Development Authority (LCDA), the main organiser of the International Social Impact Assessment Conference & Exhibition 2026, on preparations for the upcoming Technical Site Visit within the Sarawak Delta UNESCO Global Geopark..

Kuching, Sarawak
22 Aug 2026 Event Title

Bengkel Libat Urus Dan Pemantapan Modul Pendidikan Geopark

Bengkel Libat Urus dan Pemantapan Modul Pendidikan Geopark yang berlangsung pada 21 hingga 22 Ogos 2026 melibatkan tiga buah sekolah, iaitu SMK Paku, SK Taba Sait dan SK St. Patrick Semadang.
Bengkel ini merupakan susulan daripada sesi libat urus yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Taba Sait, Padawan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Paku, Bau pada 29 hingga 30 April 2026 yang bertujuan untuk memantapkan Modul Pendidikan Geopark serta menyediakan lembaran kerja bagi modul pendidikan Geopark untuk sekolah rendah dan menengah..

Kuching, Sarawak
20-23 Aug 2026 Event Title

Bengkel Content Development And Official Storytelling Framework Sarawak Delta UNESCO Global Geopark

Sarawak Delta UNESCO Global Geopark (UGGp) telah menganjurkan Bengkel Content Development and Official Storytelling Framework pada 20 hingga 23 Ogos 2026 di Mulu, Sarawak. Bengkel ini menghimpunkan ahli tadbir urus Sarawak Delta UGGp bersama kumpulan pakar daripada pelbagai bidang bagi membangunkan kerangka penceritaan rasmi yang lebih tersusun, bersepadu dan berteraskan identiti “Borneo’s Cradle of Origin”..

Mulu, Sarawak
1 Aug 2026 Event Title

Selamat datang ke Sarawak, Muroto Unesco Global Geopark!

Pertemuan istimewa antara dua geopark apabila delegasi Muroto UNESCO Global Geopark, Jepun tiba di Kuching bagi mengikuti program lawatan dan pertukaran pengalaman bersama Sarawak Delta UNESCO Global Geopark selama lima hari..

Kuching, Sarawak
1 Aug 2026 Event Title

Satok Geopark Fun Run 2026 

Pejabat Residen Bahagian Kuching melalui Jawatankuasa Pendidikan dan Kesedaran Awam Sarawak Delta Geopark (SDGp) hari ini menganjurkan Satok Geopark Fun Run 2026, sebuah program larian rekreasi sejauh lima kilometer yang menghimpunkan penyertaan komuniti, agensi kerajaan, sektor swasta dan orang awam dalam usaha mempromosikan Sarawak Delta UNESCO Global Geopark (SDUGGp) sebagai destinasi warisan geologi bertaraf dunia.

Kuching, Sarawak
31 Jul 2026 Event Title

Kursus Komunikasi Berkesan Dan Storytelling Komunit Peros

Program ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran komuniti Kampung Peros dalam menyampaikan kisah serta naratif autentik berkaitan warisan geologi, biodiversiti, budaya, sejarah dan gaya hidup masyarakat setempat. Sebagai salah satu Rakan Geopark, Kampung Peros mempunyai potensi besar untuk diketengahkan sebagai destinasi geopelancongan berasaskan komuniti, khususnya dengan kedudukannya yang berhampiran Tapak Warisan Geologi No. 30: Microgranodiorite Gunung Tra-an.

Kuching, Sarawak
21 – 24 Julai 2026 Event Title

THE 7TH GEOTOURISM FESTIVAL & INTERNATIONAL CONFERENCE 2026 (GEOFEST 2026)

Unit Pengurusan Geopark, Jabatan Hutan Sarawak telah menghantar wakil untuk menghadiri The 7th Geotourism Festival & International Conference 2026 (Geofest 2026) yang berlangsung selama 4 hari di Ipoh, Perak bertemakan “Tracing Toba Ash Diaspora & Empowering Indigenous Community”. Penyertaan untuk geofest kali ini disertai oleh dua (2) delegasi daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dan dua (2) wakil komuniti dari Kampung Peros Homestay. Program ini melibatkan pelbagai kumpulan pakar, penyelidik, agensi kerajaan, pemegang taruh geopark, dan komuniti dari Malaysia dan Indonesia. Sarawak Delta UNESCO Global Geopark menyertai program ini sebagai pempamer bagi memberi pendedahan yang lebih lanjut kepada orang luar di samping mempromosikan keunikan geologi, biodiversiti dan budaya produk pelancongan dan hasil komuniti setempat. Komuniti Kampung Peros turut menjadi pempamer dan ini selaras dengan aspirasi geopark dalam memperkasakan pembangunan sosioekonomi masyarakat melalui pendekatan pelancongan berasaskan komuniti. Program ini turut memperlihatkan sesi persidangan dan perkongsian daripada pakar-pakar dalam bidang geopark yang mengetengahkan perkongsian berkaitan penyelidikan, geopelancongan, pembangunan komuniti, serta pemuliharaan warisan geologi, biodiversiti dan budaya komuniti setempat. Dalam pada itu, penyerahan rasmi sebagai tuan rumah bagi The 8th Geotourism Festival & International Conference 2027 daripada pihak Lenggong UNESCO Global Geopark kepada Sarawak Delta UNESCO Global Geopark telah diadakan pada majlis makan malam rasmi program ini. Penyerahan plak itu disampaikan oleh En. Mohamad Fitri Hassan, Pengerusi Lenggong UNESCO Global Geopark kepada wakil Sarawak Delta UNESCO Global Geopark, Puan Umi Hamdiah Binti Abdul Halim dan turut disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani Bin Mohamad, Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Geopark Negeri Perak. Penyertaan dalam program ini adalah merupakan satu platform yang penting bagi memperkukuhkan jaringan kerjasama antara geopark di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa, selain dapat mempromosikan Sarawak Delta UNESCO Global Geopark kepada pelbagai pemegang taruh dalam bidang geopark, geopelancongan dan pembangunan komuniti.

Impiana Hotel, Ipoh, Perak
21 – 21 Julai 2026 Event Title

Discussion and Knowledge-Sharing Session: OKSHe × Sarawak Delta UNESCO Global Geopark

A meaningful discussion and knowledge-sharing session with the Old Kuching Smart Heritage (OKSHe) team explored the rich connection between Kuching’s historic heart and the Sarawak Delta UNESCO Global Geopark As part of the wider geopark landscape, OKSHe showcases the living heritage, history, culture and identity of Kuching, offering visitors an opportunity to experience how people, communities and heritage have evolved alongside the natural and geological landscapes of the Sarawak Delta. The session highlighted opportunities to strengthen collaboration in promoting OKSHe heritage sites as an integral part of the Sarawak Delta UNESCO Global Geopark experience connecting historic streets, cultural landmarks and vibrant communities with the geopark’s remarkable geological, biological and cultural heritage. Together, OKSHe and Sarawak Delta UNESCO Global Geopark offer a distinctive journey where heritage meets nature, culture meets community, and history meets the living landscape of the Delta. Discover Old Kuching. Explore the Sarawak Delta. Experience the Living Heritage of Sarawak. OKSHe × Sarawak Delta UNESCO Global Geopark Where Heritage, Culture and Nature Come Together

Kuching, Sarawak